Sunday, July 5, 2009

Cara elak bersalam dengan bukan muhrim

KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT?
Jawapanya sudah pasti tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita dihadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, samaada tanpa bersyahwat atau tidak, terselamat dari fitnah atau tidak ianya adalah tetap HARAM.

Soalan ku lontarkan kepada pemuka sunnah yang palsu. Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan muhrim ke tidak?!Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.”
(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Mana laungan sunnah kamu semua?! kamu sanggup bertasamuh dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki dan perkara lain yang sejalan dengan hawa nafsu kamu tetapi pada masa yang sama kamu kafirkan orang buat maulid dan menetapkan mereka ahli bid'ah masuk neraka!Kamu marah orang berzikir nama Allah beramai-ramai pada masa yang sama kamu biarkan tarian bogel beramai-ramai dari kalangan 'anak'anak' kamu sendiri!Kamu marah orang baca qunut selalu waktu yang sama kamu sendiri mengkafirkan umat islam selalu!Kamu marah orang bertalqin tetapi kamu menyokong industri muzik haram dan bank riba!Di mana amanah?! di mana laungan sunnah?!Wallahi! dakwaan kamu kononnya bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim ini harus merupakan kepalsuan yang tidak berdalil dan tidak berfakta!NASIHATBerikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah diantara yang halal bukan yang haram. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan itu adalah haram...

Cara elak bersalam dengan bukan muhrim

1. Bila menerima sijil atau anugerah, penyampai anugerah itu bukan muhrim, dan dia
menghulurkan tangan.
2. Bila kita melawat rumah orang, dan tuan rumah menghulurkan tangan.
3. Bila tetamu datang, dan dia menghulurkan tangan.

Dalam semua kes, kita menghadapi dilema apabila orang yang bukan muhrim menghulurkan tangan untuk berjabat. Kita mesti terfikir “alamak kenapa dia hulur ni”, dan kita perlu membuatsplit second keputusan samada mahu salam untuk menyenangkan hati dia, atau enggan salam untuk menjaga hubungan dengan Allah azza wa Jalla. Tetapi jangan kalau dia tak hulur, kita hulur pula!!Ini adalah beberapa tips saya mahu kongsi bersama untuk mengelakkan kita berjabat tangan dengan bukan muhrim.

1. Apabila mendekati tetamu, letakkan tangan di belakang anda. Ini merupakan signal pertama
bahawasanya kita tidak mahu bersalam.
2. Tetapi jika dia tetap hulur, kata kat dia “maaf tuan/puan, saya ada air sembahyang” (walaupun
takde wudhu’, bantai je ckp, lebih baik tipu demi menjaga kesucian kita)
3. Selalunya dia kata “owh it’s ok”.
4. Tetapi jika dia tetap berdegil, kata kat dia “tak nak!!” (kpd sesiapa yang berani sahaja)
5. If not, kalau terdesak sangat, panjangkan lengan baju sampai menutupi tangan, dan salam lah.Ini merupakan beberapa langkah untuk mengelakkan berjabat tangan secara BERHIKMAH.

Tetapi kalau anda seorang yang sangat kuat imannya, boleh juga elak jabat+dakwah dia terus.“Maaf tuan/puan, HARAM!”Bergantunglah kepada keupayaan kita.Semoga kita dapat mengaplikasikan cara ini demi ALLAH ta’ala.Ukhwah fillah Abadan abada!

1 Beri Pendapat Anda:

Farha said...

x ramai yang berani cakap gtu. mudah-mudahan masayarakat kita lebih paham selepas ni.