Monday, June 4, 2012

PAPAGO M9

Kepada semua pengguna HP hang menggunakan OS Android dan mempunyai fungsi GPS.Terdapat pelbagai OS untuk GPS salah satunya Papago X5. Kepada sesiapa pangguna X5 akan tahu kerana ia agak sukar untuk lock satelit.. kadang kala hampir 30 minit baru jumpa satelit.
untuk masalah itu, uninstall sahaja papago X5 dan dalete folter navisea yang ada dalam memori kad. Kemudian download software Papago yang baru iaitu Papago M9. muat turun semua link yang saya beri ini.
 PAPAGO M9 1
PAPAGO M9 2
PAPAGO M9 3
Sudah selesai extrack guna winrar dan copy folder Navisea kedaam memori kad HP anda. kemudian, install kedalam phone anda.semua saya dah siapkan dalam software ni. peta, crack dan semuanya. lepas intall terus boleh guna.

Thursday, September 29, 2011

Koleksi Soalan

Kepada Rakan yang mahu soalan peperiksaan boleh la dimuat turun dari laman berikut.
Kepada pelajar boleh la gunakan untuk membuat latihan.

SOALAN PEPERIKSAAN

Sunday, March 13, 2011

BOBOI BOY



Asyik cerita pasal sekolah jer bosan lak. Klai nie nak cerita pasal anime Malaysia yang terbaru.Sekang Malaysia sudah semakin kreatif. sesiapa yang minat boleh la muat turun cerita nie dari sini.

Monday, November 15, 2010

Sambutan Anugerah Pelajar Cemerlang 2010

Wajah-wajah exco tahun 6 yang mengetuai setiap bidang dari ketua pelajar hingga kepada ketua briget siber SKTK



YB Noriah berbesar hati merasmikan hari APC 2010 dan berbesar hati untuk menyumbangkan mesen pendua serta wang sumbangan berjumlah RM1500 untuk aktiviti sekolah.

En. Md. Yusak Guru Besar SKTK memberikan ucapan. Walau br bertugas sebagai GB SKTK tetapi pengalaman sebagai guru cemerlang menjadikan beliau begitu komited dengan tugas beliau.


YDK PIBG (baju kuning) serta YB Noriah sedang mendengar ucapan Guru Besar


Kakitangan belakang tabir yang sentiasa memastikan bahagian siaraya sentiasa berkeadaan baik. Kelihatan Juru acara yang cukup hebat suaranya mengaturkan tantitatif tidak terbabas.

Barisan pelajar yang sedang memerhatikan rakan yang mendengar serta memeriahkan hari APC SKTK 2010


kakitangan atau AJK yang hebat mengaturkan bahagian hadiah supaya acara tidak tergendala.


Barisan IbuBapa yang komited dengan kecerlangan anak-anak meraikan kejayaan anak mereka.

Thursday, March 25, 2010

Majlis Pentauliahan JuruLatih KRS dan TKRS

Setelah 4 hari di mengikuti latihan TKRS di pusat kecemerlangan PPD Sabak Bernam dari 23-26 mac 2010 maka sampai masa untuk menyampaikan tauliah sebagai Leftenan Muda yang di sampaikan oleh Pengarah Pelajaran selangor sendiri yang berusaha Tuan Sulaiman Bin Wak. Bukan senang nak dapat pangkat.selepas nie boleh pakai baju dengan 1 paku di bahu.tetapi baju no 2 mahal sehingga mencecah RM600. So bagi guru biasa Baju no3 sahaja yang mampu.Berikut adalah majlis pentauliahan yang berlangsung di dewan Sek Men Engku Aziz (SUA) di daerah Sabak Bernam.

Sesi pengambaran Pengaraj bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah sabak Bernam

Sesi bergambar Pengarah bersama GPK KOKO sekolah daerah Sabak Bernam

Sesi Bergambar untuk Juru Latih Daerah Sabak Bernam. Bukan mudah nak dapat bersalam dan bergambar dengan Pengarah JPS.


Sedang menanti giliran untuk menerima tauliah sebagai Leftenan Muda.Lepas nie boleh tempah baju NO.2,dah mcm pegawai polis.

salah seorang peserta sedang berkawad untuk menerima Tauliah.

Wednesday, March 3, 2010

Sambutan Maulidurrasul 2010

3 mac 2010 bersamaan 17 r'awal 1431 SKTK dengan kerjasama KAFA Parit 13 telah bersama-sama menyambut majlis Mulidurrasul. Perarakan bermula di Sek Agama KAFA dan berakhir di SKTK yang sejauh 500m sahaja. Sambutan diteruskan denganucapan guru besar SKTK dan juga guru besar KAFA di dewan SKTK.


Guru serta pelajar sedang mendengar ceramah daripenceramah jemputan.

Para pelajar berdiri bersedia untuk bergerak ke surau untuk solat asar berjemaah.

Para pelajar sedang mendengar ceramah dengan penuh tekun.



Penceramah iaitu ustaz Suparman menberikan ceramah dengan baik sambil diselangselikan dengan kecindan untuk menarik perhatian pelajar.



Sunday, February 14, 2010

Masalah Dengan Printer?

Printer selalu kita gunakan dalam proses mencetak. Lagi zaman sekarang terdapat Kitt ICIS atau bulk Ink dimana ink terdapat diluat printer. Masalah dengan sistem ini akan mempercepatkan bahagian pembuangan dakwat (waste ink ) akan penuh.Apa perlu kita buat> hantar jaminan? jika sebelum setahun..tetapi jika telah lebih setahun? jawapannya beli printer baru? Tidak perlu..disini saya telah jumpa langkah untuk mengsetkan semula lebihan ink ( waste ink reseter ). Sila ikut langkah dalam link ini dengan betul..tidak boleh sialp sedikit..jika silap ia tidak menjadi,,tetapi boleh cuba lagi..sila klik pada link dibawah.

WASTE INK RESETER

Thursday, January 28, 2010

Final Road Run 2010

29 Jan 2010 telah berlangsung acara final untuk merentas desa SKTK 2010. Acara ini telah bermula pada jam 8.30 pagi. Semua guru dan pelajar serta pegawai polis memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi. Bagi Pelajar tahap satu yang tidak terlibat mereka menjalani acara mewarnakan poster anti dadah disamping memberi kesedaran kepada para pelajar.Para peserta merentas desa ini dilepaskan oleh Guru Besar SKTK.Dibawah antada gambar-gambar yang sempat diambil semasa acara merentas desa.
Untuk gambar yang lain bolehlah dimuat turun disini dengan klik tajuk artikel ini.

Picture Road Run SKTK 2010


Guru Besar SKTK menyampaikan ucapan dalam acara penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pemenang bagi pertandingan mewarna tahap satu perempuan sedang menerima hadiah dari Guru Besar.

Tersenyum gembira bila nama diumumkan sebagai pemenang pertandingan mewarna dan menerima hadiah dari Guru Besar SKTK.

Peserta lelaki baru sahaja dilepaskan. Para peserta berlari dengan penuh semangat.

Barisan guru yang bertugas menjaga keselamatan pelajar, menjaga di simpang Tok Khalifah memastikan pelajar selamat dan lalu lintas tidak terganggu.


Antara pelajar yang tidak mampu untuk menamatkan larian akibat masalaha kesihatan. Mereka telah dibawa pulang kesekolah dengan menaiki kereta storm Cikgu Fahmi. Cikgu Fahmi Siap Posing di tepi kereta kesayangan dia.

Pelajar tahap satu sedang menjalankan pertandigan mewarna.

Pelajar lelaki tahap satu, menunukkan semangat untuk menang dalam pertandingan mewarna.

Peserta menerima taklimat dari guru yang bertugas sambil menerangkan peraturan dan langkah keselamatan semasa berlari di jalan raya.

Pelajar perempuan sedang memanaskan badan sebelum mereka dilepaskan untuk merentas desa.

Pelajar lelaki baru memasuki padang untuk menjalankan acara memanaskan badan sebelum mula berlari.

Guru Besar SKTK di tengah di samping itu pegawai polis yang turut membantu dalam mengawal lalu lintas untuk menjaga keselamatan para peserta.
Pelajar perempuan dengan semangat berlari untuk menjadi juara.