"Seoranglelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dariperkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anaklelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dansejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanitayang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, diajuga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibuyang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumahtangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isterimeninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dankaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang bolehmeringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami keranakehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun
demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telahberkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkantakziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.
"Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.
Sisuami
meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhakdisembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang palingbahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malampertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah, sesungguhnyaisteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasamentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknyadan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasabercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepadadiriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sebelummeletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku dikepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira,tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.
Maka barang siapa yang telahbercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isterikuitu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniahkepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redhakepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya.
"MasyaAllah.. .alangkahbahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampulakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehinggapemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Beri Pendapat Anda:
Post a Comment