Wednesday, August 13, 2008

"P" mana pakcik?

Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat "P" hendaklah digantung pada motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang dia telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.
Polis : Boleh tgk lesen pak cik?
Pak Cik: Ada ada... nah...
Polis : "P" mana pak cik?
Pak Cik : Pi Aloq Staq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak bergurau plak yea, "P" mana?
Pak Cik : Aku nak pi Aloq Staq. (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana "P"?
Pak Cik : Aku dah habaq tak sat Aloq Staq , hang tak dengaq ka? Apa hang ingat aku tak tau ka
jalan ni nak pi Aloq Staq. Mentang-mentang hang pakai unipom polis tu janganlah nak
pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Pakcik nak pi...pi lah..... (Mengalah + Malas nak layan kerenah)
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa, saja cari pasai!!!
loq laq tol laa...
Polis: ?????

0 Beri Pendapat Anda: