Sunday, August 3, 2008

Apa maksud BULI?

Sila baca.Mungkin Anda pernah melakukan kepada rakan anda.Jika anda melakukan perkara yang disenaraikan dibawah ini.Anda boleh disabitkan kesalahan sebagai PEMBULI.

Kementerian Pelajaran mendefinisikan 'buli' sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan murid atau kumpulan murid supaya menyesuaikan dengan suasana yang baru atau perlakuan mendera atau mempermainkan-mainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah atau perlakuan menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid (Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah, 2005).

Perbuatan membuli mendapat perhatian serius daripada pihak Kementerian Pelajaran kerana implikasi buli yang membawa kesan negatif yang mendalam kepada mangsa-mangsa terlibat yang ada kalanya memudaratkan.

Pembuli yang dibiarkan bermaharajalela pula berkemungkinan melakukan salah laku yang semakin serius sehingga ke tahap menc-ederakan mangsa, melakukan perbuatan jenayah, dan perbuatan lain yang dapat menyebabkan kematian. Perbuatan membuli dikategori-kan kepada lima kategori seperti berikut:

1. Fizikal
• memukul
• menumbuk
• menendang
• menolak atau menarik mangsa
• menampar
• mencubit
• memulas telinga
• menindih atau menghimpit
• menyekeh atau mengetuk kepala
• mencekik
• meraba

2. Lisan
• mengejek
• memberi panggilan atau gelaran yang mengaibkan
• memfitnah
• mencarut dan memaki hamun
• menghina, mengherdik atau mempersendakan

3. Isyarat
• menjelir lidah
• menjegil mata
• menunjukkan isyarat lucah

4. Memeras ugut
• meminta wang secara paksa
• memaksa mangsa membuat kerja / kerja rumah
• meminta barang secara paksa
• memaksa mangsa menjelaskan bayaran
• menyembunyikan barang mangsa
• mengugut supaya dirahsiakan perbuatan salah laku, dan se-bagainya
· Memaksa mangsa melakukan salah laku

5. Memulau
· Sengaja tidak memasukkan mangsa dalam kumpulan
· Menafikan mangsa daripada mendapat kemudahan yang sepatutnya.
· Sengaja tidak memberikan kerjasama kepada mangsa

0 Beri Pendapat Anda: