Tuesday, July 29, 2008

20 kesilapan biasa Pengetua & Guru Besar

20 kesilapan biasa Pengetua & Guru Besar Sikap atau tindakan pengetua atau guru besar di sesebuah sekolah memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana tempat kerja yang menyeronokkan atau sebaliknya. Berikut adalah pandangan yang diberikan oleh guru di beberapa buah sekolah. Saya petik artikel ini di dalam Majalah Pendidik, Bil. 08. Sikap pengetua dan guru besar yang tidak digemari ialah…

1. Membuat perubahan yang tidak perlu seperti menukarkan lencana sekolah, nama rumah sukan, nama kelas, lagu sekolah dan sebagainya.

2. Tidak berurusan dengan guru yang ‘pada pendapatnya’ mempunyai masalah, malah lebih gemar mendengar pendapat daripada guru-guru lain.

3. Mewujudkan gap dengan guru-guru kerana khuatir sekiranya beliau berbaik-baik dengan mereka, beliau tidak akan dihormati lagi sebagai ketua jabatan.

4. Mengambil kesempatan dengan memberikan beban kerja yang lebih kepada golongan guru yang sentiasa menerima sebarang tugasan tanpa apa-apa bangkangan.

5. Meletakkan dirinya sebagai ‘BOSS’ dan bukannya pemimpin atau pembimbing.

6. Terlupa bahawa suatu ketika dahulu beliau juga pernah menjadi guru biasa.

7. Sentiasa mencar-cari kesilapan gur-guru.

8. Sering memuji guru-guru yang datang awal tetapi terlupa memberikan pengiktirafan kepada guru-guru yang kerap pulang lewat.

9. Kerap mengadakan mesyuarat yang panjang dan kerap pula tidak bertindak menurut apa-apa yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

10. Jarang-jarang mahu mendengar pendapat guru-guru, sebaliknya apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, guru-guru pula yang dipersalahkan.

11. Berpendirian bahawa guru-guru perlu menghormati beliau, sebaliknya beliau tidak perlu menghormati guru-guru.

12. Tidak mementingkan keselesaan tempat kerja guru.

13. Tidak bijak berbelanja.

14. Tidak tahu membezakan antara saranan dengan arahan daripada pihak atasan.

15. Enggan bertemu dengan guru tanpa janji temu atau appointment.

16. Cepat melatah dan bertindak terburu-buru menurut perasaan.

17. Tidak mementingkan aspek keselamatan di sekolah.

18. Tidak bijak menggunakan kepakaran atau keistimewaan yang ada pada guru-gurunya.

19. Tidak mahu mengaku kesilapan yang dilakukannya, malah asyik meyalahkan guru-gurunya.

20. Memiliki ‘pet’ dalam kalangan guru-gurunya.

0 Beri Pendapat Anda: