Thursday, January 28, 2010

Final Road Run 2010

29 Jan 2010 telah berlangsung acara final untuk merentas desa SKTK 2010. Acara ini telah bermula pada jam 8.30 pagi. Semua guru dan pelajar serta pegawai polis memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi. Bagi Pelajar tahap satu yang tidak terlibat mereka menjalani acara mewarnakan poster anti dadah disamping memberi kesedaran kepada para pelajar.Para peserta merentas desa ini dilepaskan oleh Guru Besar SKTK.Dibawah antada gambar-gambar yang sempat diambil semasa acara merentas desa.
Untuk gambar yang lain bolehlah dimuat turun disini dengan klik tajuk artikel ini.

Picture Road Run SKTK 2010


Guru Besar SKTK menyampaikan ucapan dalam acara penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pemenang bagi pertandingan mewarna tahap satu perempuan sedang menerima hadiah dari Guru Besar.

Tersenyum gembira bila nama diumumkan sebagai pemenang pertandingan mewarna dan menerima hadiah dari Guru Besar SKTK.

Peserta lelaki baru sahaja dilepaskan. Para peserta berlari dengan penuh semangat.

Barisan guru yang bertugas menjaga keselamatan pelajar, menjaga di simpang Tok Khalifah memastikan pelajar selamat dan lalu lintas tidak terganggu.


Antara pelajar yang tidak mampu untuk menamatkan larian akibat masalaha kesihatan. Mereka telah dibawa pulang kesekolah dengan menaiki kereta storm Cikgu Fahmi. Cikgu Fahmi Siap Posing di tepi kereta kesayangan dia.

Pelajar tahap satu sedang menjalankan pertandigan mewarna.

Pelajar lelaki tahap satu, menunukkan semangat untuk menang dalam pertandingan mewarna.

Peserta menerima taklimat dari guru yang bertugas sambil menerangkan peraturan dan langkah keselamatan semasa berlari di jalan raya.

Pelajar perempuan sedang memanaskan badan sebelum mereka dilepaskan untuk merentas desa.

Pelajar lelaki baru memasuki padang untuk menjalankan acara memanaskan badan sebelum mula berlari.

Guru Besar SKTK di tengah di samping itu pegawai polis yang turut membantu dalam mengawal lalu lintas untuk menjaga keselamatan para peserta.
Pelajar perempuan dengan semangat berlari untuk menjadi juara.

0 Beri Pendapat Anda: